CARA MELUKIS JITU................ Sebelum kita mempelajari lebih lanjut cara melukis lukisan pensil dan lukisan warna atau lukisan-lukisan lain, adalah berfaedah kita memahami secara mudah beberapa aspek penting dalarn lukisan, iaitu subjek, gubahan, bentuk, perspektif, nilai dan warna. SUBJEK Subjek ialah semua objek yang kita lihat di sekeliling kita seperti pokok, awan, batu-batan, gunung, bangunan, air, manusia, kenderaan, binatang dan lain-lain. Seorang pelukis tidak melukis semua subjek yang dilihatnya, tetapi ia hanya memilih satu atau beberapa objek yang hendak dimasukkan ke dalam karya Iukisannya. Tajuk lukisan umumnya mempengaruhi pemilihan objek-objek yang hendak dimasukkan ke dalam sesebuah lukisan itu. GUBAHAN Secara ringkas, gubahan ialah memilih, merancang dan menyusun objek-objek yang hendak dilukis dalam sebuah karya lukisan. Pelukis yang memilih satu pemandangan lanskap yang mengandungi objek awan, sungai, gunung-ganang, pokok-pokok dan padang rumput, misalnya, tidak